Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..ok, entri kali ni saya nak berceloteh pasal ayam percik resepi pantai timur(kelantan) semua negeri ada ayam percik masing2 tapi rasa dan cara masak tu yang tak sama, tak gitu? ini lah kelebihan ayam percik pantai timur dari segi rasa dan cara memang cukup sempurna bagi saya. memang tak dinafikan kalau banyak makan ayam boleh mudaratkan kesihatan tetapi disebabkan sedap jangan kita fikir bab tu dulu, hahaha..teknik membuat ayam percik ni memang agak rumit kalau orang yang tak tahan boleh cepat
give-up, huh asap ayam ni saja pun dah boleh lemas. terlanjur saya bercerita meh sini saya cerita sikit pengalaman jual ayam percik kat bazar asia city tahun 2011, disebabkan asap ayam percik yang memang wangi ni saya kena complain dengan pihak hotel diaorang cakap asap ayam percik ni sampai masuk kat loby lepastu pulak bunyi lagi siren kecemasan 4 hari berturut2, fuh penin2. haa,ok cukup lah bab asap kita sambung balik bab ayam. campuran rempah yang saya gunakan memang cukup asli tambahan pula ayam percik Melati Katering ni dipanggang mentah2 tanpa proses kukus ataupun masak wap, bahan percik pulak 100% original dan sedap. harga bagi tempahan ayam percik sekitar RM5 seketul. sekiranya anda berminat boleh hubungi saya dan berbincang mengenai menu tambahan.
Anuar : 013-4658899
Melati : 013-4658866
Anuar : 013-4658899
Melati : 013-4658866

No comments:
Post a Comment